Kisah POSITIF-BOMOH AFRICA

Posted: January 8, 2011 in abgjutawan, ixusworld, Kata Aluan, Uncategorized, www.ixusworld.net

saya ingin berkongsi satu cerita tentang seorang bomoh hujan di Afrika Selatan yang terkenal beberapa ratus tahun dahulu. Seluruh wilayah di Afrika Selatan pada ketika itu amat mengenali bomoh hujan bernama Kimba, kerana setiap kali berlaku kemarau, pasti bomoh besar ini mampu memanggil hujan dengan sejenis tarian tradisi yang diketuai oleh bomoh Kimba ini. Selama lebih 100 tahun dia hidup dan dia tidak pernah sekali pun dia gagal untuk memanggil hujan dan orang asli di wilayahnya telah mendewa-dewakan Kimba di atas keajaibannya. Sehinggalah dia mati, tidak ada sesiapa pun yang dapat menandinginya.

Anda tahu tak kenapa bomoh Kimba ini tidak pernah ada rekod gagal di dalam memanggil hujan? Siapa ingin tahu? Angkat tangan sekarang dan katakan “Saya ingin tahu!”.

Apakah rahsia sebenar Kimba?

Sebab utama kenapa bomoh Kimba ini tidak pernah gagal di dalam menjalankan tugasnya di dalam memanggil hujan ialah kerana apabila berlaku kemarau, Kimba akan dipanggil untuk mengetuai satu jenis tarian tradisi dan Kimba akan membuat tariannya <span>terus menerus tanpa henti</span> berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan, <span>tanpa henti menari sehinggalah hujan turun</span>. Sebab itu, seluruh kerabat orang asli di wilayah itu percaya yang Kimba hebat dan mampu memanggil hujan. Sebenarnya, Kimba sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk memanggil hujan tetapi dia pasti yang selagi hujan belum turun, dia tidak berputus-asa dan perlu terus-menerus menari mungkin sehari, seminggu atau berbulan-bulan sehingga hujan turun,. Adakah Kimba hebat? Tidak saudara-saudari, sebenarnya rahsia kejayaan bomoh ini adalah kerana dia akan <span>terus-menerus menari sehingga hujan turun</span>.

Bukankah kita sendiri perlu ada sikap yang sama? Dalam banyak situasi, ramai orang mudah menyerah kalah atau berputus asa di dalam melakukan sesuatu. Sikap daya juang yang tinggi amat penting di dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, jangan mudah mengalah, ibarat Kimba tadi, anda perlulah sanggup untuk melakukan sesuatu itu dengan cubaan seberapa banyak yang diperlukan sehingga anda berjaya dan jangan mudah mengalah atau berputus asa.

Ramai di antara kita yang “lembik”, lembik dari segi sikap dan ketahanan mental serta hati untuk mengharungi kesusahan untuk mencapai kejayaan terutamanya di dalam merealisasikan azam tahun baru kita.

Ramai antara kita yang tidak belajar dengan cepat daripada setiap kesusahan atau kegagalan yang kita tempuhi. Anda nak tahu kenapa? Jawapannya mudah sahaja, kerana ramai di antara kita yang tidak diajar atau mempunyai ilmu tentang kajian “SWOT Analysis” (S-Strength, W-Weaknesses, O-Opportunity, T-Threat). Ia adalah satu kajian atau analisa tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman diri anda yang biasanya ramai yang belajar kaedah analisa ini di peringkat universiti. Ia biasanya dilakukan ke atas mana-mana syarikat atau organisasi sebelum mereka membuat perancangan perniagaan bagi menentukan hala tuju syarikat. Anda juga mungkin kurang membaca bahan-bahan berbentuk peningkatan diri (personal development) atau tidak pernah di “repair” di mana-mana bengkel. Bayangkan saudara-saudari, sekiranya kereta yang kita pandu bertahun-tahun itu tidak pernah kita hantar ke bengkel untuk servis atau perbaiki, tayar dah jalan tak tegak tetapi kita masih tak mahu hantar untuk buat “alignment” atau “balancing”, adakah mudah untuk anda memandu?  Diri kita serta minda kita pun perlukan “alignment” dan “balancing”. Sebab itu ramai yang masuk bengkel saya untuk dibuat “alignment” dan “balancing”.

Kerana melalui program-program pembangunan diri saya ini, anda akan diajar untuk membuat analisa ini terhadap diri anda atau sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Dengan kaedah “Dimensi Baru” ini, anda akan dapat mengenal pasti juga tentang potensi kerjaya atau perniagaan yang sesuai dengan bakat serta potensi diri anda, anda juga diajar untuk mengenal pasti serta mengubah kelemahan diri anda, anda juga akan dapat lebih mengenal tingkah laku pasangan atau rakan niaga yang sesuai, anda juga dapat menilai potensi perniagaan anda serta pekerja-pekerja anda dalam masa 5-10 minit sahaja setelah anda mempelajari kaedah yang  mudah ini di dalam program baru “DIMENSI BARU 2011” yang akan saya lancarkan nanti. Jangan risau Pak Haji, ini bukan tilikan nasib, tengok air boleh tilik Pak Haji kahwin berapa orang…… Bukan!

Sebenarnya, untuk berjaya di dalam hidup bukanlah susah sangat tetapi untuk tidak berjaya adalah mudah, sekiranya anda tidak mahu berjaya, janganlah ikut prinsip 6 “D” yang saya senaraikan dibawah, tetapi kalau anda ingin berjaya dengan mudah, ikutlah 100% 6 perkara dibawah ini:-

  1. Direction- Anda perlu tahu dengan jelas matlamat anda, apa yang anda inginkan
  2. Determination- Anda perlu tahu dengan jelas KENAPA anda ingin mencapat matlamat tersebut
  3. Desire – Anda perlu mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mencapainya, ala-ala sanggup menyeberangi lautan apilah untuk dapatkan apa yang anda inginkan
  4. Detached – Anda sanggup membayar “harga” untuk mendapatkan ilmu serta bermentor (Berguru). Maksudnya anda perlulah sanggup berkorban dari segi masa, kewangan, sanggup melepaskan diri daripada belenggu kegagalan atau kekecewaan yang lepas, sanggup berkorban sikap. Sikap tidak baik anda seperti sikap malas dan bertangguh untuk belajar, banyak memberi alasan agar anda tidak membuang masa “melanggar dinding”
  5. Disipline – Ini penting kerana tanpa disiplin, anda juga akan membuang masa dan peluang anda dengan sia-sia
  6. Drive – Paksa diri anda sendiri dan menggerakkan diri anda untuk bertindak sekarang kerana tidak ada orang yang boleh memaksa diri anda. Tindakan anda adalah hasil yang anda akan tuai nanti, sekiranya pilihan anda ialah untuk tidak mencari ilmu atau mentor, maka hasilnya ialah anda akan tetap berada di tahap yang sama sampai bila-bila. Sekadar ada keinginan untuk merubah kehidupan masih belum cukup. Anda perlu memaksa diri anda untuk bertindak sekarang, bak kata ayah saya selalu “It’s Now or Never!”.

Saya akan menyambung topik mengenai membina matlamat hidup ini minggu hadapan, tetapi kepada anda di luar sana yang masih belum menyertai program-program saya, JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA! Datang sendiri dan dengar sendiri nanti serta lihat sendiri samada ianya boleh membantu perjalanan hidup anda atau tidak.

Berpuluh ribu orang yang telah menyertainya dan memberikan respon betapa ruginya mereka kerana tidak membuat keputusan lebih awal untuk mempelajari tentang potensi diri mereka. Jangan membuang masa anda atau teragak-agak, sekiranya anda masih tercari-cari potensi diri anda yang sebenar, nasihat saya ialah hentikanlah pencarian anda kerana program-program saya adalah berdasarkan Doa, Ilmu, Mentor, Sistem, Kuasa Tindakan (Usaha) dan Tawakal.

Assalamualikum dan salam sejahtera..
Apa khabar saudara/saudari disana.
Terima kasih atas luangan masa saudara/saudari..
Dibawah merupakan website untuk saudara/saudari menjana pendapatan pasif..
Ya pendapatan pasif!!.

Adminsempoii2u berharap,anda berani membuat keputusan yang mampu merubah
anda untuk menjadi dari biasa-biasa.ke arah luar biasa..

Segala kerjasama Saudara/saudari
saya ucapkan terima kasih!

Layari Link ini
www.adminsempoii2u.wordpress.com/pendaftaran/
www.adminsempoii2u.wordpress.com/pendaftaran/
www.adminsempoii2u.wordpress.com/pendaftaran/

Terima kasih..
semoga dengan email ini saya dapat membantu ramai orang,mahupun yang kenal atau tidak mengenali!
aminn

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s