Info sukan-Pemain malaysia di pancing negara jiran..

Posted: January 3, 2011 in Uncategorized

Sokonglah pasukan negara

by http://www.energy4u.asia/ienamanja

Jangan ghairah terima lamaran: Tengku
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/01/03

gambar sebelum gambar berikut

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegur pemain negara yang mahu dipancing oleh kelab negara asing, terutama dari Indonesia berfikir dulu masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berpindah mengembangkan sayap kerjaya masing-masing.

Timbalan presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pemain negara memberi pertimbangan wajar sebelum menerima tawaran daripada negara jiran yang dibaham Harimau Malaya pada final Piala Suzuki 29 Disember lalu.

“Kalau hendak pindah pun, biarlah ke kelab atau liga yang jauh lebih baik daripada kita,” titahnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

“Saya harap pemain akan fikir dua kali sebelum menerima tawaran berkenaan.

“Kualiti liga di Indonesia tidak jauh bezanya dengan kita, tetapi terpulang kepada pemain kerana kami (FAM) tidak berhak menghalang keputusan mereka. Bagi saya, lebih wajar sekiranya mereka menyertai liga yang lebih tinggi mutunya seperti di Jepun atau Korea Selatan.”

Antara pemain yang menjadi buruan kelab Indonesia adalah penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Mohd Safee Sali, pemain sayap Mohd Amirulhadi Zainal dan penyerang licik, Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi tonggak kepada kejayaan negara.

Tengku Abdullah turut mengingatkan pemain yang baru menjuarai Piala Suzuki tidak terbawa-bawa dengan keseronokan dirai sebagai wira negara, kerana masih ada banyak tugas perlu dilunaskan.
“Jangan terlalu ghairah dengan kejayaan tempoh hari,” titahnya. “Boleh berseronok tetapi perlu ada hadnya. Kita perlu kembali ke keadaan asal di mana tumpuan kepada latihan dan persediaan menghadapi kejohanan lain pula.”

UBAH HIDUP ANDA-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s