Ambil contoh pemain kita!

Posted: January 2, 2011 in Uncategorized
PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia,  Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.

PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.

Layanan buruk terhadap skuad Harimau Malaya bakar semangat

KUALA LUMPUR: “Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara,” kata Datuk Subahan Kamal.

Pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu berkata, pemain negara terpaksa diberikan motivasi berterusan setiap hari untuk menangani tekanan itu dan sentiasa diingatkan supaya berpegang pada prinsip ‘biar muntah darah, kita akan bawa pulang piala ini’.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan”

K Rajagobal
Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia

Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan.

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.

Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan.
Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium.

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru.

“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel.

Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang.

“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.

Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan.

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.

“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.

“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya.

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.

Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.

“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga.

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya.

Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Pak Tonek
Salam sejahtera, pandangan peribadi saya terhadap insiden yang telah menimpa Skuad Harimau Malaya oleh peminat fanatik bolasepak Indonesia adalah disebabkan mereka ini terdiri dari golongan biasa yang tidak kenal erti ketemadunan yang diterapkan Pemerintah Republik itu.. Ia adalah satu insiden yang amat memalukan Negara Indonesia sendiri dan pastinya masyarakat dunia menilai mereka dengan sepatutnya.
Joe Jambul
Teguran KHAS pada yang berkenaan. Dah macam ni pun, perlu lagi ke stesen2 TV dan Radio di Malaysia menyiarkan drama/filem/lagu mereka? Syarikat2 Korporat, perlu lagi ke menjemput artis mereka datang untuk show majlis anda? Majlis Perbandaran, perlu ke membiarkan rumah2 yang dibina secara haram terus dibiarkan begitu saja? Jabatan Imigresen, hadkan lagi visa pekerja kepada mereka kerana yang tamat tempoh pun masih lagi ramai yang tak reti pulang. Ini secara tidak langsung memberi beban baru kepada PDRM dari segi workload. Kepada FAM, mohon bertindak untuk perkara di atas. Buatlah apa cara sekalipun. Janji pasukan kita terjaga segalanya. Bukan apa, geram sungguh tingkahlaku mereka yang tak ubah macam orang tak bertamadun.
mohamed azmil
saya rasa sangat sedih bila membaca cerita pengalaman pasukan harimau malaya membaham garuda ini…pujian lah diberikan kepada pasukan harimau malaya yg berjuang membawa piala AFC suzuki ke malaysia..kalian smue akan di kenang…
cam
apa yg akan dilakukan oleh FAM terhadap insiden ini akan menggambarkan kesungguhan FAM pula utk melindungi pasukan dimasa hadapan.
Azmi
Pasukan Malaysia harus menajamkan lagi permainan dengan latihan yaang lebih padu khasnya dari segi stamina,hantaran yang tepat dan juga cubaan yang kena pada sasaran.Selepas ini anda harus berazam untuk layak diperingkat yang lebih tinggi seperti peringkat Asia ataupun dunia.
amamiza
Itulah dinamakan semangat berpasukan. Ditambah pula dengan slogan 1Malaysia. Diharapkan pengurusan begini berterusan. ingatkan pemain jangan mudah hanyut dan cepat besar kepala.
pija
HEBAT MALAYSIA……..
Mohamad Ghazali Hamdan
Amat berbangga dengan kejayaan negara Malaysia w/p diancam dengan pelbagai provokasi bodoh Indon Malaysia tetap juara…. Tahniah buat semua pemain khusus penyerang terbilang Safee Sali dan jurulatih…cabas Malaysia Boleh
AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA
INILAH LAYANANAN YANG DIKATAKAN ADIL KEPADA TEAM MALAYSIA,PASUKAN KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA, KITA TERPAKSA MENAIKI KERETA PERISAI, ORANG MALAYSIA DECEDERAKAN, BEGITU HINA KITA DINEGARA SANA, KEMENTERIAN KITA HARUS BERBUAT SESUATU KERANA MARUAH KITA TELAH DINODAI, APAKAH KITA TIDAK HARUS MENANG? ADAKAH WARGA INDONESIA BERPENDAPAT HARIMAU MALAYA TIDAK HARUS MENANG? KALAU MACAM ITU, JANGAN MASUK PERTANDINGAN, PERGI MAIN SNOOKER SAJA, GOLEK GULI SAJA
marikan Md Yusof
Inilah cabaran yang selalu orang malaysia dapat dari jiran kita,tapi kita tak pernah ambil kira,Kerana kita terlalu murah hati.Saya dah lama tak nonton atau beli CD/DVD dari Indon walau enak didengar atau apa2 pada saya dah cukup dengan apa yang kita lihat,pantang saya bendera malaysia dipijak apa lagi dibakar maruah negara kita dicemar.bila lagi kerajaan kita nak operasi pembersihan.
Nazri Hassan
Tahniah skuad negara, satu faktor kejayaan Malaysia ialah kerana tiadanya pemain import dalam liga Malaysia.
buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas baik bakal membuatkan kesadaran pada pembuat jahat. Semoga rakyat Malaysia yang baik terus berbuat baik kerana itulah identiti dan kehormatan kita.
Arm9402
Rakyat Malaysia bertamadun, berjiwa kental, pekerti yang mulia, bersemangat waja sanggup menghadapi apa saja rintangan dan cabaran. Biarkan apa saja perilaku buruk tidak bertamadun mereka, kita tetap unggul.
saripah kamah
Dr dulu lg Indon mmg beri layanan buruk tp stsn TV & Radio kt trhegeh2 siarkan drama mrk yg x brmutu n memuja lagu2 mrk…bila lg org Msia ni sedar?
Shamsul
Syabas Rajagobal & anak-anak buahnya. Indon memang serba-serbi teruk, sombong….
jay tee
pasukan timnas Indonesia memang tidak sekuat manapun, gertak aja lebih.
madslin
sebagai rakyat malaysia saya amat berbangga dengan kejayaan ini. moga ia menjadi titik tolak kepada kejayaan mendatang.
wakkas
Biarkan indonesia dgn kebodohan dan keegoan mereka yang tak sudah, kita akan terus maju dan berjaya tinggalkan indonesia yang goblok mcam sapi tu..
jury gegey
memalukan..jelek
khairul anuar bin abdul rahman
mereka ini tak pernah bersyukur dan dan tak sedar dek untung . sendiri mau ingat
hanapie hj ini
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA,Saya bergitu tersentuh kerana pasukan malaysia mendapat layanan yang sebegitu buruk ketika berada di indonesia walau apa pun kita lupakan lupakan semua itu kerana kita rakyat malaysia yang bertemadun dan bersopan santun serta berbudi bahasa TAHNIAH sekali lagi…..
MOHD RANI BIN ABDULLAH
Di negara kita mereka dilayan dengan baik dah tiba masanya pulau saja apa-apa kejohanan yang diadakan disana, orang yang kurang moral tidak akan berubah sampai kiamat pun.
cimie
Masya-Allah, begitu teruk sikap org2 Indon.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s