Sayangi malaysia

Posted: January 1, 2011 in Uncategorized

Rakyat digesa kekalkan semangat 1Malaysia

gambar sebelum gambar berikut

  • FotoSEBAHAGIAN daripada tetamu meraikan sambutan Tahun Baru 2011 di sebuah hotel di Ipoh, malam tadi.
  • FotoORANG ramai meraikan sambutan Tahun Baru 2011 di Jalan Segget, Johor Bahru, malam tadi.
  • FotoKELAB Bikers menunjukkan isyarat 2011 sempena menyambut kedatangan tahun baru di Port Dickson.

TPM mahu impian jadi negara maju 2020 tercapai

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa seluruh rakyat terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat-menghormati sesama sendiri dan mengukuhkan kerjasama bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus berbangga kerana keistimewaan Malaysia berupaya mengekal serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian dalam kalangan penduduk berbilang agama, bangsa dan juga budaya.

“Saya harap kita dapat terus menjaga keamanan yang dinikmati selama ini. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu bahawa kestabilan politik negara ini sudah memungkinkan kita merasai kemewahan dan kekayaan di bumi bertuah ini.

“Teruskanlah usaha agar impian kita mencapai status negara maju pada 2020 menjadi nyata. Akhir kata, marilah kita bersama menyambut 2011 dengan tekad menyumbang yang terbaik untuk tanah air kita Malaysia,” katanya dalam ucapan sempena Tahun Baru 2011 di sini, semalam.

Sementara itu, pemimpin pelbagai peringkat berharap 2011 bakal menyaksikan rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan menjayakan pelaksanaan inisiatif penting negara serta meningkatkan perpaduan nasional.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata ekonomi negara diramalkan terus berkembang positif berikutan pelaksanaan dasar ekonomi yang menyakinkan oleh kerajaan sehingga berjaya melonjakkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pasaran saham serta pengukuhan ringgit pada tahun lalu.
“MCA amat berharap kerajaan akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang memperkenalkan banyak inisiatif sepanjang tempoh tahun lalu,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berharap negara akan terus berkembang maju dari segi ekonomi, sosial dan juga politik.

“Kemajuan ini bukan saja dicapai melalui sumbangan tenaga kerja rakyat, tetapi juga kerana kecekapan pemimpin yang mentadbir negara dengan bijak sehingga membawa pembangunan dan kemajuan pesat,” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata pertubuhan itu berharap semua pihak dapat hidup dalam harmoni, saling hormat-menghormati dan tidak lagi cuba melahirkan isu yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia dan aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, mengajak rakyat tekad menjadikan Malaysia negara selamat bukan saja daripada ancaman keganasan dan jenayah, juga tragedi akibat kesilapan sendiri.

“Selepas mencapai 53 tahun kemerdekaan, kita tiada pilihan selain berusaha keras untuk sama-sama mencapai matlamat 1Malaysia. Adalah sangat penting untuk Malaysia wujud sebagai negara yang bersatu padu dan aman dengan kestabilan politik,” katanya

Admin-

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar. Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.

In this life we cannot always do great things. But we can do small things with great love

<object style=”height: 390px; width: 640px”><param name=”movie” value=”http://www.youtube.com/v/jzf7u6GPGBA?version=3″><param name=”allowFullScreen” value=”true”><param name=”allowScriptAccess” value=”always”>http://www.youtube.com/v/jzf7u6GPGBA?version=3</object>

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s